Thursday, September 6, 2012

mY cAmErA

this is my nikon D5100
I CAN`T BRING IT ANYWHERE
CAUZE I BE FINISHED MY UPSR!


5A

arini aku gi bce yassin
best ramai kawan ader kat sner
kecuali KTM
-_-
untuk UPSR
doalah kiter org dapat 5A tau
UPSR Sedang Menghampiri ( Bahaya )
Lebih Kurang 4 Hari Sahaja Lagi UPSR Akan Menjelma .
Takut Ke Tak ? Comfirmlah , kecut lagitu :(
Macam mana nak jawap kalau susah ? Kalau menjerit pengawas tu marah pulak , then tak boleh buat periksa lagi susah :(
So Kena lah rajin-rajin buat masa ni , No gamees , no Facebook , but if Blog , maybe ?
Apa kesah , kalau stop all tu pun tak pe , yang penting 5A dalam genggaman :) Jangan risau , jangan resah .
Jika kau fikirkan kejayaan , mungkin kejayaan dalam genggaman , Jika kau fikir kan boleh , mungkin kau boleh melakukan :)
dari sekeluarga dan Sharifah Hana
JUmaat...sabtu..ahad..isnin
arhh...4 ari lagi aku UPSR
pade thn 6 seri
SKSJ..mengucapkan selamat maju jaye
samelah kiter..
5A dalam gengaman tau!
do the best we can do it
5A

Thursday, August 16, 2012

Selamat Menyambut Hari Lebaran


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Sunday, August 12, 2012

Karangan Bahasa Melayu (KBM)


Perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Fenomena yang tidak sihat ini nescaya mengundang pelbagai akibat yang buruk kepada Negara memandangkan setiap kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal, kecederaan atau kematian. Untuk mengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya. Golongan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. Kumpulan ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran dan kemahiran yang tinggi kepada pembangunan negara. Belia yang meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan menjejaskan produktiviti Negara. Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan raya itu terdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor misalnya memerlukan 6 hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian seorang doktor tidak dapat diganti dengan serta merta oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara kita akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jika kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa pekerja kilang. Dengan kata lain, kemalangan jalan raya akan memudaratkan pembangunan negara dari segi sumber tenaga manusia.

Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alnagkah baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara. Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya tinggi. Pelabur asing dan pelancong akan berasa was-was untuk melabur atau melancong ke Malaysia. Pelabur asing akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan apabila mereka melabur di Malaysia. Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhan atau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinngi. Berasaskan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran atau pengankutan awam, pelancong asing akan teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika keselamatan-keselamtan mereka terancam semasa menggunakan kenderaan awam. Tiada sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk melancong di Negara kita. Ringkaskan, sector perindustrian dan sektor pelancongan akan menerima tamparan yang hebat sekiranya kemlaangan jalan raya di negara kita tidak dibendung dengan baik. Seperti kata peribahasa “ada angin, ada pokoknya”, justeru, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya amat membimbangkan sekarang ini. 

Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna tidak mematuhi arahan keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi papan tanda-papan tanda jalan raya, memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan serta tidak mematuhi lampu isyarat. Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini yang mementingkan diri sendiri menjadi penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan raya. kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itu sendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada bahu jalan, jalan berbengkang-bengkong dan jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.
 Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi penyumbang kes kemalangan jalan raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaan melaluinya dengan kelajuan yang tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur dan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan. Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?
 Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelu m memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-cukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat membawa maut’. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak ber’sms’ ketika memandu. Pemandu juga jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebagai langkahberada di atas kenderaan beroda dua, penunggang motosikal memang mudah terbabas apabila dilanggar oleh sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu jalan dengan kenderaan berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan mereka akan terancam. Selaras dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang motorsikal, lorong khas patut dibina untuk kegunaan mereka sahaja. Hasilnya kenderaan besar lain tidak akan menghampiri motorsikal semasa berada di atas jalan raya. keselamatan.
Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar kenderaan tersebut diberhentikan pada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Di kawasan yang dilalui oleh orang ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had laju kenderaan mestilah dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang berlekuk-lekuk juga membahayakan penunggang motorsikal dan basikal. Selekoh tajam di jalan raya menggugat keselamatan pengguna jalan raya secara amnya jika mereka memandu dengan laju. Kelemahan dan kerosakan jalan raya perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna tidak menjadi maKeselamatan jalan raya, tanggungjawab bersama. ‘Api kecil baik dipadamkan’. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi. Lantaran itu, semua pihak hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh menangani masalah kemalangan jalan raya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang gigih terutamanya daripada pihak berwajib pasti penting untuk mengurangkan nahas di jalan raya. 

Saturday, July 28, 2012

WEl..WEL..WELCOME TO MY BLOG

welcome my blog..
hari yg indahkan arini..oh luper...SELAMAT BERPUASA...
BAGI TAHUN 6 SIAPER YG UPSR TU 
DO THE BEST!!
DENGAN USHA MESTI BERJAYA..AMIN

Saturday, July 21, 2012

Perbezaan Diantara Kakak & Adik

Nur Qaidira Raisya




Nur Qaisara Karmila
&
Nur Qaidira Raisya


 Qaisara..gembira apabila datngnyer adik barunyer....
muka adik dan kakak same kan..very same..




kakak rambut macam biase tapi adeq macam per jantan..















Nur Qaisara Karmila 
VS
Nur Qaidira Raisya