Perangkaan kematian yang disebabkan oleh
kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan
kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan
apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu
masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Fenomena
yang tidak sihat ini nescaya mengundang pelbagai akibat yang buruk kepada
Negara memandangkan setiap kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal,
kecederaan atau kematian. Untuk mengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya.
Golongan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun merupakan golongan
belia yang paling produktif. Kumpulan ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran
dan kemahiran yang tinggi kepada pembangunan negara. Belia yang meninggal dunia
akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan menjejaskan produktiviti Negara.
Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan
raya itu terdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang
kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor misalnya memerlukan
6 hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian seorang doktor tidak dapat diganti
dengan serta merta oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara
kita akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jika
kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa pekerja kilang. Dengan
kata lain, kemalangan jalan raya akan memudaratkan pembangunan negara dari segi
sumber tenaga manusia.
Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan akan berlaku
ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat
dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan
sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar
pampasan. Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan
asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat
insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak
akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera
atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan
syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di
Malaysia. Alnagkah baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan
prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya
akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara. Sementara itu, imej negara akan
terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya tinggi. Pelabur asing dan pelancong
akan berasa was-was untuk melabur atau melancong ke Malaysia. Pelabur asing
akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan apabila mereka melabur di Malaysia.
Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhan
atau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinngi. Berasaskan kes
kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran atau pengankutan awam,
pelancong asing akan teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika
keselamatan-keselamtan mereka terancam semasa menggunakan kenderaan awam. Tiada
sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk melancong di Negara kita.
Ringkaskan, sector perindustrian dan sektor pelancongan akan menerima tamparan
yang hebat sekiranya kemlaangan jalan raya di negara kita tidak dibendung
dengan baik. Seperti kata peribahasa “ada angin, ada pokoknya”, justeru, apakah
faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya amat membimbangkan sekarang
ini.
Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat
pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna tidak mematuhi arahan
keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi papan tanda-papan tanda jalan
raya, memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan serta tidak mematuhi
lampu isyarat. Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol
dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini yang
mementingkan diri sendiri menjadi penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan
raya. kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itu
sendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada bahu jalan, jalan
berbengkang-bengkong dan jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda juga
menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.
Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi
penyumbang kes kemalangan jalan raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan
menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaan melaluinya dengan kelajuan yang
tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur dan sukar
menganggar jarak kenderaan di hadapan. Sebagai langkah untuk menghindari nyawa
pengguna jalan raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan
mereka perlu disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap
sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apakah
langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus
meningkat?
Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan
dalam membendung masalah kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna
jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan kenderaan berada dalam
keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelu m memulakan perjalanan
yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-cukupnya. Kita perlu tidur dahulu
ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau
mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat membawa maut’. Selain itu, pemandu juga
perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan
papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak menggunakan
telefon bimbit semasa memandu dan tidak ber’sms’ ketika memandu. Pemandu juga
jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebagai langkahberada di atas
kenderaan beroda dua, penunggang motosikal memang mudah terbabas apabila dilanggar
oleh sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu jalan dengan kenderaan
berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan mereka akan terancam. Selaras
dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang motorsikal, lorong khas patut
dibina untuk kegunaan mereka sahaja. Hasilnya kenderaan besar lain tidak akan
menghampiri motorsikal semasa berada di atas jalan raya. keselamatan.
Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar
kenderaan tersebut diberhentikan pada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda
pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Di kawasan yang dilalui oleh orang
ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had laju kenderaan mestilah
dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan dapat mengurangkan risiko
kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang berlekuk-lekuk juga membahayakan
penunggang motorsikal dan basikal. Selekoh tajam di jalan raya menggugat
keselamatan pengguna jalan raya secara amnya jika mereka memandu dengan laju.
Kelemahan dan kerosakan jalan raya perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna
tidak menjadi maKeselamatan jalan raya, tanggungjawab bersama. ‘Api kecil baik
dipadamkan’. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan menjadi batu penghalang
kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakan nadi penggerak
pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan
insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi.
Lantaran itu, semua pihak hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh
menangani masalah kemalangan jalan raya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang
gigih terutamanya daripada pihak berwajib pasti penting untuk mengurangkan
nahas di jalan raya.